Cherries

We have been to

Italy -Rome, Venice, Milan, Como Lake, Bellagio, Florence, Bologna. United Kingdom -The whole Kingdom including scottish land. Belgium France -Paris, Lille, Calais, Metz, Nancy. The Netherland -Amsterdam, Utretcht, Roermond, Mastricht, Rotterdam, Zaans schans, Velondam, keukenhof etc. Chez Republic -Prague. Slovakia -Bratislava. Hungary -Budapest. Austria -Vienna, Salzburg. Switzerland -Basel, Zurich, Interlaken Lake, jungfraujich, geneva, brig, lausanne, Lugano Germany -West and East Germany except Munich. Luxembourg United States of America -San Francisco, Hawaii. Poland -Warsaw and Lodz Spain -Madrid, Cordoba, Seville, Granada, Barcelona Turkey -Istanbul Singapore Russia -st.petersburg and counting...

Adds

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, 14 April 2009

Laa Ilaaha IllalLah

Forwarded message to share with my readers...

Assalamualaikum Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki...... ..
Baca, sebut lepas tu forward...

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda: 'Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!' Marilah kita ucapkan kalimah ini: 'Laa ilaaha illallah!' x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan pesanan ini kepada rakan-rakan anda. Bayangkan... ..... betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit..

Wednesday, 25 March 2009

Ibu atau pasangan?

forwarded email dr kawan aku eqin yang lagi sekali menyebabkan air mata aku hampir kecundang..ekamatra..huhuhuh

"IBU" atau "PASANGAN?"??


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu


Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..


Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu



Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu........Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan :-

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu
bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku
boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh
ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah,
al-fatihah, al-fatihah.

Monday, 9 March 2009

Tazkirah


Forwarded email to share with my readers.....

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SW.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Bab itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


_,___

Tuesday, 27 January 2009

Hargailah Isteri

Mulianya seorang isteri disisi Allah...

> Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
> ini pada keluarga, suami dan anak-anak
> Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
> mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di
> akhirat kelak.
> Biarlah buruk mana isteri anda,
> sayangilah mereka......

> Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia
> bekerja
> dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
> Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
> 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
> tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

> Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
> Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut
> "kendur" atau menggelebeh
> pulak..
> Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu
> pulak….

> Cuti ini bukan cuti suka hati
> tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
> Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah
> suami.."offer" lah pada suami ,
> Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ..jangan
> buat deekkk jeee,
> Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri
> yee!!!
> Kata nak pahala lebih…

> Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
> sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
> nyawanya..
> Satu lagi berita gembira untuk wanita,
> Sepanjang dia mengandung
> Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
> Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
> Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
> jadi kenapa perlu takut nak beranak?

> Marilah kita pegang kepada tali Allah.
> Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
> mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
> Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
> Allah beri kelonggaran siksa kubur.
> Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
> seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
> tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
> Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
> terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
> terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
> Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid

> atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya
jua... .
> Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
> Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
> jadi dia pun memberi pahalanya kepada
> suami untuk lepas masuk syurga.
> Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
> isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
> Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
> terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

> Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
> diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
> dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang
> lain..
> Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat

Allah agar tidak derhaka denganNya.
> Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
> Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
> kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

> Woman was made from the rib of man,
> She was not created from his head to top him,
> Nor from his feet to be stepped upon,
> She was made from his side to be close to him,
> >From beneath his arm to be protected by him,
> Near his heart to be loved by him.