Cherries

We have been to

Italy -Rome, Venice, Milan, Como Lake, Bellagio, Florence, Bologna. United Kingdom -The whole Kingdom including scottish land. Belgium France -Paris, Lille, Calais, Metz, Nancy. The Netherland -Amsterdam, Utretcht, Roermond, Mastricht, Rotterdam, Zaans schans, Velondam, keukenhof etc. Chez Republic -Prague. Slovakia -Bratislava. Hungary -Budapest. Austria -Vienna, Salzburg. Switzerland -Basel, Zurich, Interlaken Lake, jungfraujich, geneva, brig, lausanne, Lugano Germany -West and East Germany except Munich. Luxembourg United States of America -San Francisco, Hawaii. Poland -Warsaw and Lodz Spain -Madrid, Cordoba, Seville, Granada, Barcelona Turkey -Istanbul Singapore Russia -st.petersburg and counting...

Adds

Wednesday, 5 November 2008

latest info

Rakyat Malaysia kekal nikmati 6 bulan perjalanan tanpa visa di Britain

05/11/2008 9:08pm

KUALA LUMPUR 5 Nov. — Rakyat Malaysia masih diberi kebenaran menikmati tempoh melancong enam bulan tanpa visa ke Britain walaupun terdapat perubahan dalam peraturan mengenai visa United Kingdom (UK), kata Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Boyd McCleary.

Katanya beliau memberi jaminan bahawa para pelancong sentiasa dialu-alukan untuk mengunjungi Britain, dan sehingga ini tidak ada peraturan yang memerlukan rakyat Malaysia memiliki visa umum untuk memasuki Bitain.

“Pelancong Malaysia ke UK masih menikmati tempoh perjalanan enam bulan bebas visa. Kumpulan yang perlu memohon visa ketika ini adalah kalangan mereka yang merancang untuk tinggal lebih lama dari enam bulan, mungkin untuk bekerja atau belajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

McCleary mengeluarkan kenyataan itu ekoran beberapa laporan media sejak kebelakangan ini mengenai perubahan dalam peraturan mengenai visa UK.

Beliau menjelaskan bahawa UK sedang memperkenalkan ’Points Based System’ untuk akses pemohon visa, sama seperti sistem yang digunakan oleh kerajaan Australia, dan ia akan diperkenalkan secara berperingkat pada bulan-bulan akan datang, bergantung kepada kategori visa.

Beliau berkata peringkat pertama diperkenalkan hujung bulan Jun lepas dan peringkat berikutnya yang meliputi pekerja mahir dengan tawaran kerja akan dimulakan hujung bulan ini.

Berhubung masalah pendatang haram ke UK, Mc Cleary berkata UK sedang menangani masa itu di bawah Visa Waiver Test, dan bagi rakyat Malaysia, kerajaan UK sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia.

“Satu keputusan akan dibuat berhubung hasil proses ini awal tahun depan,” katanya.

Isnin lepas Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dilaporkan berkata rakyat Malaysia yang tinggal lebih tempoh dan yang bekerja tanpa kebenaran di UK perlu pulang ke tanah air.

— BERNAMA-

the original news is here

No comments: