Cherries

We have been to

Italy -Rome, Venice, Milan, Como Lake, Bellagio, Florence, Bologna. United Kingdom -The whole Kingdom including scottish land. Belgium France -Paris, Lille, Calais, Metz, Nancy. The Netherland -Amsterdam, Utretcht, Roermond, Mastricht, Rotterdam, Zaans schans, Velondam, keukenhof etc. Chez Republic -Prague. Slovakia -Bratislava. Hungary -Budapest. Austria -Vienna, Salzburg. Switzerland -Basel, Zurich, Interlaken Lake, jungfraujich, geneva, brig, lausanne, Lugano Germany -West and East Germany except Munich. Luxembourg United States of America -San Francisco, Hawaii. Poland -Warsaw and Lodz Spain -Madrid, Cordoba, Seville, Granada, Barcelona Turkey -Istanbul Singapore Russia -st.petersburg and counting...

Adds

Tuesday, 4 November 2008

Info

Malaysia mungkin hadapi peraturan visa baru EU

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Malaysia mungkin berhadapan peraturan visa baru daripada Kesatuan Eropah (EU) jika 30,000 rakyatnya yang tinggal melebihi tempoh di United Kingdom (UK) masih gagal pulang ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kerajaan Britain sedang meneliti untuk menggunakan peraturan visa baru ke atas 11 buah negara termasuk Malaysia kerana menyalahgunakan visa dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

"Mereka ini perlu segera memberi maklum balas untuk pulang. Kita minta mereka patuh undang-undang untuk elakkan negara EU kenakan peraturan terhadap kita,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat Ketua-Ketua Pengarah Imigresen ASEAN dan Ketua-Ketua Bahagian Hal Ehwal Konsul Kementerian-Kementerian Luar (DGICM) di sini hari ini.

Jumaat lepas, Syed Hamid mendedahkan terdapat lebih 30,000 rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh di United Kingdom dinasihatkan segera pulang ke tanah air sebelum kerajaan negara itu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Tambah beliau, melalui perundingan dua hala, kerajaan Britain memberikan insentif tiket penerbangan sehala percuma untuk menggalakkan rakyat Malaysia pulang dalam tempoh Julai hingga Disember ini.

Jelasnya lagi, kira-kira 271,000 orang dari negara ini memasuki United Kingdom setiap tahun dan keperluan untuk menggunakan visa hanya akan membebankan rakyat.

Oleh itu, katanya lagi, pemberian insentif tiket penerbangan sehala percuma oleh kerajaan Britain sebenarnya banyak membantu dan mendapat sambutan positif daripada rakyat negara ini di sana.

"Kita diberi tempoh enam bulan untuk menunggu kepulangan rakyat Malaysia di sana dan keputusan penggunaan visa pada tahun depan,'' jelasnya.

Syed Hamid berkata, kesungguhan yang ditunjukkan oleh negara-negara lain dalam usaha memastikan tiada pihak yang dapat tinggal secara haram di United Kingdom seharusnya dicontohi rakyat negara ini yang bermigrasi di sana.

Katanya, rakyat negara ini yang memasuki United Kingdom diminta jujur dan tidak membuat perkara yang menyalahi undang-undang atau tersasar daripada tujuan asal mereka ke sana.

"Jangan cakap hendak jadi pelajar, tetapi apabila sampai ke sana bekerja dan tinggal melebihi tempoh. Begitu juga sebaliknya,'' ujarnya.

petikan berita asal

2 comments:

Zara in Germany said...

oit...dah announce...msian takyah visa

missselfridge said...

kat mana?